Assalamualaikum semua,
Pada hari Ahad (28/9/14) yang lalu, aku dan kakakku pergi menghulurkan sedikit sumbangan kepada makcik di dalam gambar di bawah. Orang kat sini memanggil makcik ni sebagai Makcik Siti. Cik Siti ni jiran kampung sebelah aitu jiran sepelaung dari rumah aku di Batang Kali ni. Dia mengalami penyakit misteri "Busung" iaitu penyakit perut buncit. Penyakit cik Siti ni sudah dirujuk di hospital Kuala Lumpur. 9 pakar doktor tidak tahu apa yang ada di dalam perut makcik Siti ni.
Doktor memberitahu kepada makcik ni, jika hendak mengetahui apa yang ada di dalam perutnya, dia perlu menjalani pembedahan. Doktor telah melakukan scan terhadap perut makcik ni. Tiada terdapat apa2 keganjilan pun. Tetapi doktor memberitahu terdapat 3 bahagian di dalam perut makcik ni. 1 bahagian dikesan bahagian hitam yang tidak tahu apakah dia. 2 bahagian lagi adalah daging.... Pelik!!!! Persoalannya apakah sebenarnya yang ada di dalam perut makcik ni???? Wallahualam... Allah yang lebih mengetahui. Tetapi doktor tidak menjamin jika dia boleh sembuh atau tidak selepas pembedahan tu. Sebab tu acik Siti ni tak nak tawaran doktor tersebut.
Makcik Siti pernah juga mencuba rawatan perubatan tradisional. Tetapi tiada apa2 kesan. Pernah juga makcik Siti ni menjalani perubatan Islam. Mereka mengatakan mungkin perbuatan sihir yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Makcik Siti ni kawan baik mak aku. Sebelum ni, perutnya tidaklah sebesar seperti di dalam gambar sekarang. Perut makcik ni mula dikesan membesar tahun 2012. Makcik Siti ni, bila dia pergi pasar selalu singgah kat rumah mak aku. Dia jalan kaki plak tu.Mana taknya pasar minggu hanya beberapa meter jer dari rumah mak aku tu. Aku selalu jugak jumpa dia kesian aku tengok makcik ni. termengah2 dia bawak perut buncit dia tu.... Aku akan tolong hantar makcik ni ke rumah dia naik kereta aku jika acik nik ada kat rumah mak aku.
Makcik Siti ni mempunyai 2 orang anak seorang lelaki dan seorang perempuan. Anak perempuannya sudah berkahwin manakala yang tinggal bersama makcik ni anak lelaki dia. Makcik Siti seorang balu dan dia bergantung harap kepada anak lelaki tunggalnya sekarang. Anak lelaki Makcik Siti ni hanya bekerja kilang dan pendapatan tidak seberapa.. Dan duit dah banyak berhabis untuk berubat..
Jika ada sesiapa yang berminat untuk menolong makcik ni apa-apa pun sumbangan tak kira lah kepakaran perubatan ke, makanan ataupun kewangan boleh terus menghantar sumbangan atau ingin melawat di alamat ni..
No. 60, Jalan Meranti 3A/14, Bandar Utama Batang Kali,
Batang Kali.Selangor Darul Ehsan..
dan no telifon makcik Siti Fatimah ialah 012-6494 312( korang telifon betul2 untuk yang penting2 je tau... sian makcik ni kalu korang permainkan dia....penat dia angkat telifon) Kalu mesej pun ok jugak.
Note: makcik ni dah tak larat keluar rumah nak pergi pasar untuk beli barang basah untuk keperluan harian, so sekarang ni kan dah canggih.. korang boleh bagi sumbangan barang basah tersebut secara online dan pos terus pakai pos laju....tak gitu... so ini pun dikira bantuan jugak kan...
kalu korang nak kepastian lagi keperluan yang makcik ni perlukan korang boleh la menghubungi makcik ni...
Nanti korang perkenalkan diri dulu dan beritahu dapat no tel. ni dari zehan anak Cik Biah tukang jahit yang duduk kat taman seri tu... haaa. penting tau... xlah la nanti acik tu terkejut plak masa korang telifon nanti.
Note: makcik ni dah tak larat keluar rumah nak pergi pasar untuk beli barang basah untuk keperluan harian, so sekarang ni kan dah canggih.. korang boleh bagi sumbangan barang basah tersebut secara online dan pos terus pakai pos laju....tak gitu... so ini pun dikira bantuan jugak kan...
kalu korang nak kepastian lagi keperluan yang makcik ni perlukan korang boleh la menghubungi makcik ni...
Nanti korang perkenalkan diri dulu dan beritahu dapat no tel. ni dari zehan anak Cik Biah tukang jahit yang duduk kat taman seri tu... haaa. penting tau... xlah la nanti acik tu terkejut plak masa korang telifon nanti.
Salam
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete